
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Jumlah kes COVID-19 dilaporkan semalam mencatatkan penurunan untuk hari keempat berturut-turut apabila mencatatkan sebanyak 2,342 kes iaitu berkurangan sedikit berbanding 3,010 kes, kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata daripada 2,342 kes dilaporkan semalam, 98.5 peratus atau 2,308 kes dalam kategori satu dan dua.
“Hanya 34 kes atau 1.5 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima,” katanya.
Menurut Dr Noor Hisham daripada 2,342 kes baharu yang dilaporkan semalam 2,162 adalah kes tempatan manakala 180 adalah kes import.
Beliau berkata sebanyak enam kluster baharu dikesan KKM pada semalam menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 177 kluster.
Maklumat terperinci lain berkaitan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.
-RI