
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/ Anuar Che Amat (Perlis)
PERLIS, 7 Feb ( Malaysiaaktif)- Inginkah anda merasai sesat dalam sebuah rumah yang memberi debaran mencari pintu keluar?.
Anda seorang yang gemarkan berswafoto, swafoto bersama atau swafoto berkumpulan? Atau anda ingin merasai suasana aman, tenang seperti berada di Spa?
Jabatan Perhutanan Malaysia Perlis kini membuka ruang kepada anda untuk merasai pengalaman tersebut dengan mengunjungi tempat-tempat yang sangat sesuai untuk anda beriadah bersama keluarga antara tarikan tersebut adalah Rumah Cermin dan Galeri 3D, ia terletak di Gua Kelam.
Bagi yang ingin merasai suasana hening malam sambil memanjakan diri dengan rendaman kaki dengan Herba terpilih sambil-sambil menikmati secara percuma minuman herba, ia terdapat di Rimba Herba, Perlis.
Riadah-riadah juga, SOP Norma Baharu jangan dilupa!
-ZS-