Skip to main content
HomeMAPerlis

Jabatan Perhutanan Malaysia Perlis Tawarkan Produk Pelancongan Terbaru

By 8 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/ Anuar Che Amat (Perlis)
PERLIS, 7 Feb ( Malaysiaaktif)- Inginkah anda merasai sesat dalam sebuah rumah yang memberi debaran mencari pintu keluar?.
Anda seorang yang gemarkan berswafoto, swafoto bersama atau swafoto berkumpulan? Atau anda ingin merasai suasana aman, tenang seperti berada di Spa?
rasai pengalaman Virtual Reality Gua Kelam 2 di Galeri 3D, Gua Kelam

rasai pengalaman Virtual Reality Gua Kelam 2 di Galeri 3D, Gua Kelam

Jabatan Perhutanan Malaysia Perlis kini membuka ruang kepada anda untuk merasai pengalaman tersebut dengan mengunjungi tempat-tempat yang sangat sesuai untuk anda beriadah bersama keluarga antara tarikan tersebut adalah Rumah Cermin dan Galeri 3D, ia terletak di Gua Kelam.
rasai pengalaman ' rumah sesat ' di Rumah Cermin

rasai pengalaman ‘ rumah sesat ‘ di Rumah Cermin

Bagi yang ingin merasai suasana hening malam sambil memanjakan diri dengan rendaman kaki dengan Herba terpilih sambil-sambil menikmati secara percuma minuman herba, ia terdapat di Rimba Herba, Perlis.
 Riadah-riadah juga, SOP Norma Baharu jangan dilupa!
Gambar seperti gaung sebenar, namun ia hanyalah ilustrasi di Galeri 3D

Gambar seperti gaung sebenar, namun ia hanyalah ilustrasi di Galeri 3D

-ZS-

Tinggalkan komen anda