Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Ketua Kampung Perlu Tahu Asas Pertolongan Cemas

By 8 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Idris Sani Saberun/Azman Jumat (Putatan)

PUTATAN, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Ketua Kampung perlu mempunyai pengetahuan asas pertolongan cemas sekiranya berlaku kecemasan di kawasan masing-masing.

Menurut Pegawai Daerah Putatan Haryani Anah Abdul Kahar, bantuan awal seperti teknik proses bantuan pernafasan (CPR) amat perlu bagi menyelamatkan nyawa sebelum bantuan profesional tiba.

“Kerjasama pihak Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dapat memberi pendedahan awal mengenai ilmu pertolongan cemas di kampung-kampung dalam daerah itu,” katanya ketika sesi kunjungan hormat Pengerusi BSMM Putatan Nanih Abah di pejabatnya, di sini semalam.

-RI

Tinggalkan komen anda