
Laporan/foto: Noor Aini binti Hanapiah/ Anuar Che Amat (Perlis)
ARAU, 3 Feb 2022 (Malaysiaaktif) – Nat Pokok Getah menjadi daya tarikan pelancong kerana keunikannya berada dalam kebun getah.
Nat atau pasar ini terletak di tepi jalan kawasan Pauh, Kampung Hutan, Arau, Perlis. Inisiatif berniaga di kebun pokok getah diteruskan oleh keluarga Che Halijah Abbas, setelah dimulakan oleh arwah ayah beliau bermula 2009.
Nat ini mempunyai keunikan tersendiri kerana menawarkan produk keluaran tempatan serta pasar karat yang menjual barangan antik.