Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Lebih 500 Kenderaan Klasik Berhimpun di DARE 2022

By 6 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Perhimpunan pemilik kenderaan klasik terbesar Utara, Darul Aman Rare’tro (DARE) yang diadakan selama tiga hari berakhir hari ini menghimpunkan lebih 500 penyertaan daripada pelbagai kategori kenderaan klasik dari seluruh pelosok tanah air.

Menurut pemilik salah sebuah kenderaan terlibat Azmi Abdullah, 44, pelbagai kategori kenderaan menyertai pameran ini antaranya motosikal retro, kereta nasional, mini van dan basikal.

“Walaupun program himpunan ini dibuat bagi menghimpunkan peminat serta pemilik kenderaan klasik sekitar utara tanah air, namun terdapat juga pemilik kenderaan klasik dari Pantai Timur hadir bagi memberi sokongan.

“Kelab juga sering mengadakan perkhemahan santai bagi mengeratkan silaturahim pemilik-pemilik kenderaan ini terutama di sekitar negeri Perlis dan Kedah,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel, di sini semalam.

-RI

Tinggalkan komen anda