Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Lengkapkan Ilmu Para Dai’e ke Arah Mendepani Arus Dunia Digital

By 22 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Sudah sampai masanya program-program dakwah diberi nafas baru supaya usaha dakwah ini tidak ketinggalan zaman dan sentiasa selari dengan kehendak masyarakat pada hari ini. Tugas dan bebanan yang harus digalas oleh pendakwah kini lebih mencabar selari dengan kepesatan dunia digital.

“Pendakwah perlu membuat persediaan yang rapi dengan melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan Insya-Allah kita di peringkat Parlimen sentiasa bersama dengan pejabat agama sederap dan selangkah dalam menjalankan program sebegini yang nyata mampu memberi manfaat kepada ummah,” ujar Ahli Parlimen Jerai Ustaz Sabri Azit ketika hadir merasmikan Program Santuni Para Dai’e Daerah Yan di Menara Alor Setar hari ini.

Cabaran dunia dakwah memaksa para daie berfikir lebih kreatif terutama melibatkan isu gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda dan program keislaman perlu terus disuburkan ke peringkat akar umbi dalam usaha menanganinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda