Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

10,000 Pokok Bakau Bakal Ditanam di Langkawi UNESCO Global Geopark

By 22 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan program Mangrove Tree Planting Program Sempena World Wetlands Day 2022 bertempat di Kubang Badak, Bio Geotrail di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata dalam ucapan perasmian “Ini merupakan salah satu tanggungjawab LADA untuk terus memantapkan pengurusan dan konservasi Langkawi UNESCO Global Geopark dan mendidik komuniti serta pelancong Langkawi akan kepentingan konservasi alam sekitar.”

Seramai 181 orang sukarelawan yang menyertai program pada hari ini. Pada hari ini sebanyak 150 pokok bakau dari spesies Bakau Minyak (Rhizophora Apiculata) ditanam sebagai langkah permulaan LADA untuk menjayakan Program Penghijauan Malaysia:Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bagi tempoh 5 tahun mulai 2021 hingga 2025. LADA akan menjadikan program ini sebagai Program Geomangove mingguan dengan sasaran penanaman pokok sebanyak 210 pokok bakau setiap minggu sehingga Disember 2022.

LADA dengan kerjasama pelbagai pihak akan terus berharmoni dengan alam sekitar bagi memelihara dan menjaga ekosistem khususnya paya bakau demi kelestarian alam sekitar pulau ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda