
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
ARAU, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 2hb Disember tahun lalu, di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan bagi negeri Perlis, PPDNHEP Negeri Perlis telah bermula pada 4hb Disember 2021 bagi peringkat Negeri.
Baru-baru ini, PJKM yang diadakan di perkarangan Dewan Sivik Arau telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan.
Program ini merupakan kerjasama di antara KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) serta agensi-agensi di bawahnya dalam Membantu meringankan beban rakyat untuk menangani situasi kenaikan harga barangan yang melanda dunia dan Malaysia.
-ZS-