Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian
LABUAN, 21 Feb (Malaysiaaktif) – 80 peratus graduan Kolej Vokasional Labuan (KVL) berjaya menempatkan diri dalam bidang pekerjaan mengikut industri masing-masing.
Menurut Pengarahnya, Siti Musliha Leeudin, menurut data sejak 2016, selain berjaya mendapat pekerjaan 20 peratus graduan KVL juga berjaya melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang.
Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Labuan kali ke-6, semalam di sini.
Seramai 112 orang graduan daripada lapan program iaitu Teknologi Automotif, Teknologi Kimpalan, Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Teknologi Binaan, Pengurusan Perniagaan dan Pengurusan Perbankan menerima diploma masing–masing.
-ZS-