
Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Pulau Pinang)
NIBONG TEBAL, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Pusat Pendidikan Kecil Hutan Paya Bakau yang terletak di Sungai Acheh merupakan sebuah tempat untuk ekologi dan mengekalkan habitat hutan paya bakau.
Disamping itu juga, pusat ini juga memberi rujukan dan pendidikan kepada orang ramai mengenai hutan paya bakau.
Pusat ini telah dirasmikan pada 22 Mac 2012 adalah dibawah badan NGO Persatuan Kebajikan Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA). Pusat ini terbuka kepada orang ramai bagi membuat kajian, rujukan serta merasai sendiri cara-cara penanaman pokok bakau.
-ZS-