Laporan/foto: Ali Imran Johari(Kuala Nerus)/Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)
KUALA NERUS, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan satu majlis iaitu Upacara Penutup Kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC) Siri 2/2021 bertempat di pekarangan Jambatan Angkat, Kuala Nerus, Terengganu, pagi tadi.
Seramai 12 pegawai dan 109 anggota tentera menamatkan kursus tersebut dan majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Panglima 10 Briged (PARA), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu.
Pengunjung yang hadir dapat menyaksikan beberapa pertunjukan dari Kursus Asas Pasukan AturGerak Cepat 10 Briged (PARA) seperti Tarian Para, serangan platun ke kawasan musuh dan Perbarisan Pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah.
-ZS-