
Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)
MARANG, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 400 orang kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah yang berumur antara 5 hingga 12 tahun telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Dewan Majlis Daerah Marang, pagi tadi.
Difahamkan, sebanyak 15 buah sekolah rendah dari Zon Pantai Daerah Marang telah terlibat dalam program suntikan khas ini.
Kanak-kanak yang telah selesai mendapat suntikan vaksin dos pertama hari ini akan dijadualkan pengambilan dos yang kedua selepas lapan minggu berikutnya.
Program turut dihadiri oleh Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr. Tan Sin Yew, Pegawai Khas Menteri Besar, Wahad Osman dan ketua-ketua jabatan Daerah Marang.
-ZS-