Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Tuisyen Rakyat Negeri Terengganu DUN Alur Limbat

By 17 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)/Pusat Khidmat DUN Alur Limbat

MARANG, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman telah menyempurnakan majlis penutup Program Tuisyen Rakyat Negeri Terengganu DUN Alur Limbat di Dewan Auditorium Pusat Sains dan Kreativiti, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Tiga buah sekolah yang terlibat terdiri Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Sekolah Kebangsaan Seri Payong dan Sekolah Seri Nilam melibatkan seramai 82 orang pelajar melalui program selama dua hari ini.

Objektifnya adalah untuk membantu pelajar terutama calon peperiksaan utama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam memberi fokus dalam pelajaran dan sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda