Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Warga Labuan Dinasihatkan Peka Dengan Amaran Tsunami

By 17 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Warga Labuan dinasihatkan agar sentiasa peka dengan sebarang amaran bencana seperti kejadian tsunami yang dikeluarkan Pejabat Meteorologi Labuan.

Menurut Pengarahnya, Norasmawati Shahlal, orang ramai perlu peka dengan bunyi siren yang dikeluarkan dan perlu berpindah ke tempat yang lebih selamat seperti di kawasan yang lebih tinggi.

“Jabatan Meteorologi akan membuat pemantauan gempa bumi dan tsunami, penduduk perlu keluar dari kawasan berisiko jika amaran dikeluarkan,”katanya ketika ditemui media selepas mengadakan Pengujian Siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Masjid Al Muttakin Kampung Kerupang, pagi tadi.

Tambahnya, terdapat empat lokasi SAATNM di Labuan iaitu Balai Bomba Layang-Layangan, Kampung Kerupang, Kampung Lubok Temiang dan satu lagi yang akan didirikan di Bangunan Perbadanan Labuan dalam masa terdekat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda