Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PLUS Permudah Urusan Pendaftaran RFID

By 17 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

KESIDANG, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Projek Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) Malaysia Berhad dengan kerjasama Touch ‘n Go mengadakan Program Pendaftaran dan Pemasangan Tag Radio Frequency Identification (RFID) pada kenderaan di Perkarangan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kesidang dan akan bergerak ke lokasi JAPERUN yang lain dari semasa ke semasa.

JAPERUN Kesidang merupakan lokasi pertama di mana RFID adalah satu sistem pembayaran tol secara elektronik baru yang akan menggunakan pelekat untuk memudahkan akses yang telah beroperasi pada tahun 2019 namun telah digunakan sepenuhnya pada 2021.

Uniknya RFID hanya boleh digunakan untuk satu kenderaan berdaftar sahaja dan caj tol akan ditolak menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet serta pengimbas yang berada pada bahagian atas akan membaca frekuensi radio pelekat yang dilekatkan pada cermin hadapan lampu utama kenderaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda