Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

10 Kereta Antik Rosak Teruk Akibat Banjir

By 9 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norazura Abdul Latif (Petaling)

PETALING, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Seorang pemilik kereta antik di Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong mengalami kerugian setelah kenderaan tersebut rosak dalam kejadian banjir kilat Isnin lalu.

Merahim Miamat Khan,72, berkata koleksi 10 kereta antik yang dimiliki sejak 10 tahun lalu rosak teruk kecuali tiga buah yang dapat dibaiki.

Megimbau peristiwa tersebut, beliau berkata kejadian berlaku terlalu pantas sehingga tidak sempat mengalih kereta ke kawasan selamat.

“Selama 40 tahun saya tinggal di sini, inilah kali pertama kampung ini dilanda banjir yang teruk.,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda