Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sukarelawaan JKM Bantu Mangsa Banjir

By 9 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: A. Prabagaran Assaithampi (Petaling)

SHAH ALAM, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Lebih 10 orang sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling membantu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kenanga Seksyen 28, di sini.

Pegawai JKM Daerah Petaling berkata, sukarelawan tersebut merupakan orang awam yang mendaftar dengan pihaknya secara sukarela.

Katanya, sukarelawaan ini menyumbangkan tenaga bagi meringankan urusan di PPS seperti membantu mengedarkan makanan selain mengadakan aktiviti-aktiviti sukaneka untuk anak-anak mangsa banjir.

PPS Dewan Kenanga beroperasi sejak 7 Mac berikutan berlaku banjir kilat di Kampung Bukit  Lanchong dan Bukit Jaya yang menempatkan 194 orang mangsa banjir daripada 49 keluarga.

-ZS-

Tinggalkan komen anda