Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Forum Wacana Budaya Bincang Hala Tuju dan Inovasi Karya Seni Malaysia

By 4 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafiz Khairon (Pahang)

KUANTAN, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Forum Wacana Budaya: Budi@Seni anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKKN) Negeri Pahang dan Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Pahang yang diadakan baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan.

Mengangkat topik Mengupaya Inovasi Karya Seni di Malaysia, forum itu menampilkan beberapa panel berpengalaman dalam bidang seni antaranya, Siso Kopratasa, Adiwangsa Sukma dan AK Hidayat yang dihadiri hampir 100 orang peserta.

Pengarah JKKN Negeri Pahang Dayang Kartini Awang Bujang berkata, forum ini penting bagi penggiat seni dan kebudayaan untuk membincangkan hala tuju dan inovasi seni warisan negara agar ia dapat dikekalkan dan memupuk minat di kalangan anak muda serta mengaspirasikan pembaharuan melalui Dasar Kebudayaan Negara (DKEN) bakal dibentangkan pada 28-29hb Mac 2022 nanti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda