Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

JPW, YWCA Bergabung Tingkat Kesedaran Hak Asasi Wanita

By 5 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Program Forum Kesedaran Hak Asasi Wanita telah dianjurkan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama Persatuan Wanita Kristian Melaka (YWCA) bertujuan meningkatkan kesedaran hak-hak wanita selari dengan kehendak institusi kekeluargaan.

Program yang diadakan di Hotel Ames juga dapat memberi ilmu berkaitan pengurusan emosi dan menangani stress dalam kalangan wanita serta meningkatkan kesedaran kepada wanita isu pengurusan perbelanjaan kewangan secara berhemah pada era Covid-19.

Program ini dapat membantu wanita menguruskan emosi dan menangani stres di samping membangkitkan semangat wanita melalui topik-topik yang hangat serta menerangkan hak asasi wanita dari segi kesihatan, kewangan dan keselamatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda