Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pantai Damai, Menenangkan Lagi Bersejarah

By 11 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Md Khairul Azad Yunus

LABUAN, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Pantai Damai, Kampung Layang-Layangan yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Labuan sering menjadi pilihan warga Labuan untuk beriadah, berkelah dan menikmati pemandangan indah matahari terbenam.

Selain keindahan pantai dan pelbagai gerai jualan, lokasi ini juga amat bersejarah kerana di situ juga terletaknya Taman Damai bagi memperingati mereka yang terkorban di Pulau Borneo dan di kawasan perairannya semasa Perang Dunia Ke Dua.

Bersebelahan Taman Damai adalah  ‘Surrender Point’ di mana tentera Jepun yang diketuai oleh Komander ke-37, Jeneral Masao Baba telah menyerah kalah pada 10 September 1945.

Satu projek pembangunan tapak pesta baharu di kawasan itu juga sedang dibangunkan kerajaan bagi kemudahan perniagaan terutamanya kepada penduduk kampung sekitar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda