Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Urusan Rakyat Melaka Mudah dengan Bas Pelancongan Elektrik Singgah-Singgah

By 11 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Bas Pelancongan Elektrik Singgah-Singgah bakal menjadi ikon baharu dan yang pertama  di Negeri Melaka bermula pada 11 Mac sehingga penghujung Mei akan datang.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali berkata kerajaan negeri mengumumkan perkhidmatan percuma ini selama dua bulan kepada orang ramai dan pelancong di negeri ini dengan mensasarkan lebih kurang 290 ribu orang penumpang setahun.

Operasi perkhidmatan bas “Singgah-Singgah” ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Panorama Melaka dan syarikat swasta iaitu WSH Automotive Sdn. Bhd. yang akan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya malah kebiasaannya digunakan di dalam salah satu elemen bandar rendah karbon.

-ZS-

Tinggalkan komen anda