
Laporan/foto: Salleh Immun/Azizi Bohari (Sarawak)
KUCHING, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Telaga Air merupakan sebuah perkampungan nelayan yang dibangunkan oleh kerajaan dengan pembinaan infrastruktur pelancongan bagi meningkatkan sumber ekonomi penduduk tempatan sekaligus mengangkat kawasan Telaga Air sebagai sebuah destinasi eko-pelancongan yang terkenal di Daerah Kuching.
Menurut Suffian Sabeli, 48, beliau telah mengambil peluang dengan menyediakan perkhidmatan bot pelancongan bagi pengunjung yang mahu menikmati keindahan pemandangan di sekitar Pulau Burung dan Pulau Satang, Telaga Air.
-ZS-