Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Adelinah Wanita Sabah Pertama Menyertai Pendakian Everest

By 18 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jeanne J Som/Johnny Kimlon

KOTA KINABALU, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Atlet, Adelinah Lintanga wanita Sabah pertama akan menyertai pendakian gunung Everest pada April depan.

“Adelinah yang juga merupakan seorang atlet akan menerima sumbangan pemeriksaan penuh perubatan termasuklah komprehensif screening sebelum dan selepas pendakian,” menurut Pengurus Besar Hospital KPJ Sabah, Mohamad Faizal Mohamed.

Untuk rekod, Adelinah, 37 tahun yang berasal dari Kota Belud merupakan atlet marathon jarak jauh akan menjayakan pendakian itu bersama empat lagi yang terpilih mewakili Malaysia iaitu Ravichandran Tharumalingam, Elanghovan Natchimuthu, Yow Kai Kim dan Fazzilah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda