
Laporan/foto: Mastika Hablum (Melaka)
Melaka, 28 April (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman telah menyantuni 28 orang anak-anak yatim dari Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) ke kediaman rasminya, di sini baru-baru ini.
Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian, duit raya dan set makanan.
Menurut Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Salhah Salleh anak-anak yatim tersebut kelihatan gembira apabila diundang ke Istana Melaka untuk jamuan berbuka puasa.
“Tun Mohd Ali dan isteri turut beramah mesra, menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama-sama. Mungkin ini adalah kenangan yang manis kepada mereka,” ujarnya.
Turut hadir Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita-Wanita Negeri Melaka (NCWO), AJK Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Melaka (WI), AJK Badminton Seri Murni (KBSM) dan AJK Kelab Senam Tari Seri Ben Negeri Melaka.
-ZS-