Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Raya Labuan dan ‘Aing Laminit’ Berpisah Tiada

By 28 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 28 April (Malaysiaaktif) – Minuman bergas pelbagai perisa keluaran syarikat tempatan atau lebih dikenali sebagai ‘Aing Laminit’ menjadi pilihan ramai warga pulau itu setiap kali sambutan Aidilfitri.

Menurut Penyelia Halal syarikat pengeluar minuman itu, Mohd Shafie Din Erwandi, permintaan meningkat begitu ketara dua minggu sebelum sambutan 1 Syawal.

“Kita dapati sambutan pelanggan tahun ini lebih meriah memandangkan negara sudah memasuki fasa endemik dan kita sudah sediakan bekalan yang cukup untuk menampung permintaan semasa musim perayaan,” katanya yang ditemui semalam.

Sementara itu, seorang pembeli setia Aing Laminit, Fairul Azmi, 36, tidak melepaskan peluang membeli minuman itu lebih awal.

“Setiap kali Hari Raya saya pasti beli Aing Laminit kerana kita boleh menghidangkan minuman pelbagai perisa kepada tetamu yang datang ke rumah, tambahan pula tahun ini saya akan beraya di Menumbok, Sabah dan Aing Laminit ini akan jadi buah tangan yang istimewa,” kongsinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda