Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Agihan Beras Bantuan Kasih Bangsa Johor Berjalan Lancar

By 2 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 29 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 3100 unit kampit beras mula diagihkan kepada ketua isi rumah sekitar DUN Perling sempena Program Bantuan Kasih Bangsa Johor bermula sejak tiga hari yang lalu.

Agihan dilakukan dengan kaedah memanggil ketua komuniti atau ketua kampung sebagai mewakili penduduk bagi mengambil beras berkenaan di Dewan Raya Kampung Sungai Danga, Johor Bahru.

Salah seorang ketua kampung, Azman, 50, berkata agihan seperti ini lebih mudah dan cepat berbanding memanggil penduduk untuk datang ke tempat pengumpulan bantuan dan secara tidak langsung akan menyebabkan kawasan akan menjadi sesak dan tidak terkawal.

“Ketua komuniti akan memaklumkan kepada semua penduduk dan akan mengagihkan beras sama ada mereka perlu datang ke fasiliti yang ada di kawasan masing-masing seperti masjid atau dewan bagi mengambil beras tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Agensi yang terlibat bagi proses pengagihan bantuan adalah Pejabat Daerah Johor Bahru, Penghulu Mukim, Ketua Kampung Dan Komuniti sekitar DUN Perling dan sukarelawan Southern Volunteers.

-ZS-

Tinggalkan komen anda