Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

1,000 Bekas Bubur Lambuk Diagihkan Sempena IoW Ramadan

By 29 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: IrmanYusoff/M.Yamuna (Pahang)

TEMERLOH, 29 April (MalaysiaAktif) – 1,000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada penduduk di bandar ini sempena program Info on Wheels Ramadan Pejabat Penerangan Daerah Temerloh.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada empower ECER Temerloh dan penglibatan Duta Komuniti dalam memastikan masyarakat sentiasa peka dan mematuhi garis panduan penjagaan kendiri.

Peranan yang dimainkan oleh Duta Komuniti terutama semasa aktiviti yang melibatkan orang ramai dilihat sebagai satu peranan penting kerana mereka sedikit sebanyak dapat membantu pematuhan SOP di kalangan masyarakat.

Pegawai Penerangan Daerah Temerloh, Mohd Subhi Abang berkata, “Penglibatan Duta Komuniti dalam program sebegini adalah signifikan dengan peranan mereka dan diharapkan kerjasama ini akan berterusan.”

Sementara itu, dalam program berasingan di kawasan Bera, Duta Komuniti turut terlibat dalam mendekati masyarakat setempat bersama-sama agensi kerajaan yang lain menyampaikan maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan dan pematuhan SOP.

-ZS-

Tinggalkan komen anda