
Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)
LANGKAWI, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya mengendalikan latihan penembakan misil dalam Eksesais Taming Sari Siri 21 Tahun 2022 dengan cemerlang, di sini baru-baru ini.
“Saya bangga dan terharu dengan apa yang kita lihat hari ini. Bukan sahaja dari segi kemampuan aset-aset kita menempuhi cabaran dan keperluan, tetapi semangat dan mereka yang memimpin dan dipimpin dan begitu tinggi.
“Kejayaan penembakan misil yang mengenai sasaran membuktikan keupayaan dan kepakaran warga TLDM dalam mengendalikan aset pertahanan negara dan turut menyerlahkan kesiapsiagaan TLDM dalam usaha memastikan perairan negara kekal selamat dan berdaulat,”katanya.
Eksesais tersebut merupakan kemuncak kepada Operational Sea Training Exercise West (OSTEX WEST) 1/22 yang telah dilaksanakan mulai 16 hingga 20 Mei 2022 melibatkan aset-aset Armada TLDM.
-ZS-