Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ Rai Lebih 500 Guru di Jelebu

By 24 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri Warga Pendidik Peringkat Parlimen Jelebu telah diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu, di sini semalam.

Lebih 500 orang guru diraikan dalam suasana meriah dengan tema ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ yang turut dihadiri dan dirasmikan oleh Datuk Seri Jalaluddin bin Alias Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu.

“Saya titipkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pendidik dan guru-guru kerana jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak-anak Keluarga Malaysia di Jelebu ini,” katanya.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu turut menyumbangkan RM100,000 kepada seluruh sekolah di Parlimen Jelebu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda