Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Media Sosial Mudahkan “Scammer” Berjaya dalam Misi Mereka

By 25 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Arinnica Arif/Nurunnadia Abdullah (Kluang)

KLUANG, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Seiring dengan peredaran masa, jenayah komersial yang suatu ketika dahulu dilakukan secara bersemuka kini semakin berleluasa dilaporkan di platform media sosial.

Menurut Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang Khairul Izhar Rabi’I, ianya kerana ia lebih memudahkan ‘scammer’ melarikan diri.

“Kebiasaannya ‘scammer’ akan menawarkan harga paling murah daripada harga pasaran bagi menarik minat mangsa,” katanya dalam Program Taklimat Isu Semasa Siri Kedua di Kolej Komuniti Kluang, di sini semalam.

Menurutnya isu paling popular kini adalah berkaitan emas dan telefon bimbit jenama iPhone dan kebanyakan mangsa adalah wanita dan pelajar.

Beliau turut menyarankan orang ramai agar menyemak sebarang nombor mencurigakan bagi mengelak penipuan ‘scammer’ melalui aplikasi SEMAK MULE yang disediakan oleh PDRM di https://semakmule.rmp.gov.my/.

-ZS-

Tinggalkan komen anda