
Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)
LANGKAWI, 25 Mei (Malaysiaaktif) –Praveent Chelvam, 31, mengharumkan nama Langkawi setelah berjaya mencatat rekod baru dalam Malaysia Book of Records melalui acara pelancongan yang diiktiraf sebagai The Longest Distance Covered in A Go-Kart in A Day bertempat di litar MORAC Adventure Park, di sini semalam.
Menurut Praveent Chelvam, 31, beliau berasa bangga dan gembira dengan kejayaannya hari ini dan turut berterima kasih kepada pasukannya yang banyak membantu.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib berkata acara tersebut bertujuan mempromosikan litar MORAC Adventure Park sebagai antara litar go-kart terbaik di Malaysia dan menarik peminat sukan pemotoran ke Langkawi.
“Pelumba Praveent Chelvam yang terlibat dalam sukan permotoran selama 15 tahun telah melakar nama Langkawi melalui pemanduan go-kart sejauh 1,110.35 km dalam tempoh 24 jam,” katanya.
-ZS-