
Laporan/foto: Noor A’mirah/Mawarni (Perak)
BERIAH, 23 Mei (MalaysiaAktif) – Sebanyak 131 batang lemang dan rendang ayam disediakan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bersama komuniti setempat sebagai edaran kepada jemputan sempena Program Melemang dan Merendang serta Info on Wheels Mukim Beriah baru-baru ini.
Menurut Penghulu Mukim Beriah Fairuz Abdullah Sani konsep program ini tercetus untuk mengeratkan semula hubungan silaturahim antara komuniti setelah Malaysia memasuki fasa endemik.
“Majlis hari ini semestinya memberi pengalaman indah kepada komuniti setelah kerajaan membenarkan program sebegini dilaksanakan,” katanya di sini.
Salah seorang ahli JPKK Rodzi Latif, 65, dari Kampung Parit Lebai Kadir berkata beliau gembira dapat bersama komuniti bergotong-royong menyiapkan lemang untuk program tersebut.
-ZS-