Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Penduduk Gembira Terima Sijil Hakmilik Tanah

By 23 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoff Irman/Ainil Hayati Ibrahim (Pahang)

TEMERLOH, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 114 orang penduduk Kampung Teris bersyukur kerana akhirnya mereka menerima Sijil Hakmilik Tanah (Warisan Kemuning).

Penyerahan sijil berkenaan disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komiditi Negeri Pahang, Dato’ Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri Besar turut menyampaikan Sijil Notis 5A kepada 89 orang penduduk dari Kg. Desa Bakti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda