Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Orang Asli Rangkul Juara Pertandingan Pelita Raya

By 4 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Kelazimannya pemasangan pelita raya sering dikaitkan dengan budaya malam tujuh lekur masyarakat Melayu, namun lain pula di Kampung Orang Asli Air Renggas, Johol apabila penyertaan dalam Pertandingan Pelita Raya de Johol membuahkan kemenangan.

Berbekalkan semangat Keluarga Malaysia, Jasli Jasni, 25, tahun telah dinobatkan sebagai pemenang bagi pertandingan yang julung kali diadakan di Johol.

“Saya tidak menyangka akan terpilih sebagai pemenang, memandangkan aktiviti memasang pelita kurang mendapat tempat dalam masyarakat kami” kata beliau semasa ditemui semalam.

Sebagaimana ditekankan oleh YB Saiful Yazan Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Johol, penyertaan dari masyarakat Orang Asli dalam pertandingan ini jelas menunjukkan masyarakat tersebut tidak mahu ketinggalan memeriahkan dan meraikan bulan Syawal seiring dengan kelonggaran SOP oleh Kerajaan bermula 1 Mei 2022 yang lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda