Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Perdana Menteri Pulang Beraya di Temerloh

By 4 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoff Irman (Pahang)

TEMERLOH, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Sudah menjadi tradisi bagi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dan keluarga pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam satu jamuan hari raya tertutup, kelihatan keluarga Datuk Sri Ismail Sabri berhimpun dan meraikan lebaran bersama.

Majlis hari raya keluarga beliau diadakan pada 2 Syawal di Masjid Muhajirin, Kg. Lubok Kawah meraikan kaum keluarga dan sanak-saudara terdekat sahaja.

Turut kelihatan, pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie yang juga merupakan menantu Datuk Sri Ismail.

Perdana Menteri dijadualkan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri 7 Mei ini di Bera.

-ZS-

Tinggalkan komen anda