Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

PRP Berkenan Mencemar Duli Sambut Aidilfitri Bersama Warga Jerantut

By 4 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Basha/Firdauf (Pahang)

JERANTUT, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafw Billah Shah berkenan mencemar duli menyambut Aidilfitri bersama penduduk Jerantut, di sini, semalam.

Sambutan Aidilfitri yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Jerantut itu tambah meriah apabila Baginda Tuanku berkenan menghidangkan mee goreng kepada tetamu yang hadir di meja buffet.

Menteri Besar Pahang serta barisan Exco Kerajaan Negeri turut hadir mengiringi baginda.

Pelbagai persembahan menarik turut mewarnai majlis tersebut termasuk persembahan “live band” artis terkenal tempatan dan diakhiri dengan pengurniaan duit raya kepada kanak-kanak oleh baginda.

-ZS-

Tinggalkan komen anda