Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

PRP Berkenan Mencemar Duli Solat Aidilfitri di Temerloh

By 2 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoff Irman (Pahang)

TEMERLOH, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Temerloh.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Besar Pahang di perkarangan masjid dan barisan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Negeri Pahang turut hadir bagi menunaikan solat Aidilfitri bersama baginda.

Kemeriahan Aidilfitri dapat dirasakan oleh semua jemaah yang hadir bagi menunaikan solat Aidilfitri hari ini.

Bagi jemaah yang hadir, peluang untuk solat bersama Pemangku Raja Pahang merupakan satu kenangan indah buat mereka.

Pemangku Raja Pahang turut berkenan mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada pagi ini selepas selesai khutbah Aidilfitri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda