Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)
MELAKA, 24 Mei (Malaysiaaktif) â Aktiviti seperti rumah terbuka boleh mengeratkan silaturahim dan membuatkan kita saling kenal-mengenal.
Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah, kerjasama 27 jabatan persekutuan yang terdapat di sini telah menjayakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menara Persekutuan.
“Hubungan erat antara jabatan-jabatan amat penting dalam melaksanakan pelbagai program lebih-lebih lagi kita sabagai penjawat awam yang melaksanakan dasar-dasar kerajaaan hari ini.
“Program khatam al-Quran, gotong-royong bubur lambuk, ceramah agama, ceramah keselamatan dan banyak lagi turut diadakan,” ujarnya.
Rumah terbuka yang diadakan hari ini disambut meriah setelah tertunda selama dua tahun kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemic COVID-19.
-ZS-