
Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor (Setiu)/Che Mohid Cycling Team (CMCT)
SETIU, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Program Setiu Jamboree anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Setiu dan Che Mohid Cycling Team (CMCT) yang diadakan di sini baru-baru ini berjaya menarik 500 peserta dari dalam dan luar negeri.
Program kayuhan sejauh 44 kilometer itu bermula dari Dataran Guntung turut melalui kawasan Agro, Felcra Panchur Nerah, Hulu Kekabu, Felda Setiu 1, Kampung Teluk Tasik dan Guntung Luar.
“Harapan saya agar program Setiu Jamboree akan dapat memperkenalkan daerah ini kepada masyarakat luar disamping mengalakkan lagi amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan masyarakat,” kata Ahli Parlimen Setiu Shaharizukirnain Abd Kadir setelah menyempurnakan majlis pelepasan peserta kayuhan tersebut.
Program tersebut terpaksa ditangguhkan selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.
-ZS-