Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Ahli Parlimen Setiu Hadiri Kempen Pencegahan Tidak Solat Jumaat

By 18 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Shaik Fikri Shaik Ismail (Setiu)

SETIU, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir menghadiri Kempen Pencegahan Tidak Solat Jumaat yang diadakan bermula dari Pantai Rhu Sepuluh sehingga ke Pantai Mangkuk, di sini baru-baru ini.

Program anjuran Pejabat Agama Daerah Setiu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kewajipan menunaikan solat Jumaat.

“Islam tidak menghalang umatnya untuk mencari rezeki khususnya ketika berniaga, namun ketika masuknya waktu solat Jumaat, mereka wajib menghentikan sementara perniagaan mereka bagi menunaikan solat Jumaat,” katanya.

Tambahnya, umat Islam di negara ini perlu bersyukur ketika perubahan fasa pandemik ke endemik membolehkan solat Jumaat ditunaikan di masjid tanpa halangan.

Pada program tersebut turut diadakan pengagihan risalah tentang undang-undang berkaitan pencegahan tidak solat Jumaat yang turut disertai oleh Pegawai Agama Daerah Setiu, Mohd Faiz Azuan Mazuki.

-ZS-

Tinggalkan komen anda