Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

50 Pelajar Tadika ‘Tunai Ibadah Haji’

By 26 Jun 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Sungai Petani)

SUNGAI PETANI 26 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 50 pelajar TADIKA sekitar Pekan Merbok berkesempatan menunaikan ‘Ibadah Haji’ dalam Program Komuniti Sejahtera dan Keluarga Malaysia anjuran Tabung Haji Sungai Petani di Masjid Al-Busyra Pekan Merbok.

Program ini adalah anjuran bersama KEMAS Parlimen Merbok, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) .

Menurut Pengurus Tabung Haji Sungai Petani, Borhan Abd. Rahman  “Simulasi menunaikan “Rukun Haji” ini adalah sebagai pendedahan awal kepada peserta berkenaan ibadah haji yang dilaksanakan oleh umat Islam. Tadika yang terlibat ialah dari Kampung Hilir, Simpang 3 Pasir, Sungai Pial dan Pekan Merbok” ujarnya ketika menyampaikan taklimat kepada peserta program.

“TH juga menyediakan kaunter pendaftaran untuk pembukaan akaun dan urusan haji. Bagi pendaftaran yang mencukupi boleh terus didaftarkan sebagai bakal jemaah haji. Kira-kira 100 pendaftaran telah dibuat hari ini termasuk pendaftaran Program I-Suri oleh KWSP” Ujarnya lagi.

Hadir bersama pada program ini ialah Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Luar Bandar, Norhaizat Norhaizam serta Pengarah Tabung Haji Negeri Kedah, Fisol Nayan.Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Anuar Ahmad.

Program ini adalah anjuran bersama KEMAS Parlimen Merbok, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

-ZS-

Tinggalkan komen anda