Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

92 Mangsa Terima BPR Pasca Banjir Daerah Jempol

By 3 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Noorezrin (Negeri Sembilan)/mediaP127

JEMPOL, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Jempol, YB Dato’ Seri Hj. Mohd Salim Mohd Sharif telah menyampaikan Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) Pasca Banjir Daerah Jempol Tahun 2022, di sini petang semalam.

Seramai 92 penerima bantuan pasca banjir Jempol yang terdiri dari pelbagai kaum telah menerima bantuan tunai sebanyak RM 5000.

Menurut Mohd Salim, pihaknya berharap agar bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terkesan akibat banjir yang berlaku.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Padang YB Dato’ Manickam Letchuman dan Pengarah Pembangunan Negeri Roslan Mat Nong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda