Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Pride Kid 2022 Dilancar

By 3 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail  merasmikan Program Anak Kebanggaan Pahang 2022 (Pahang Pride Kid 2022), di sini semalam.

Menurut Wan Rosdy, melalui inisiatif ini setiap kelahiran di Pahang pada tahun ini, Kerajaan Negeri akan menyalurkan insentif berjumlah RM200 melalui dua jenis pemberian iaitu RM100 kepada bayi dalam bentuk wang simpanan, dan RM100 dalam bentuk set penjagaan ibu dan bayi ketika berpantang.

“Jumlah peruntukan bagi program Pahang Pride Kid ini ialah RM5 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 25,000 bayi yang akan dilahirkan pada tahun ini dan program ini telah pun dilaksanakann sejak 1 Januari yang lalu,” tambah beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda