
Laporan/foto: Moh. Haziman bin Abdul Rahman/Wolfrum Welfred (Sabah)
TONGOD, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) giat melakukan usaha dalam menangani isu penyalahgunaan dadah.
Ketua AADK Sandakan Aisyah Abdul berkata AADK bukanlah ingin menghukum pesalah, tetapi berperanan merawat dan mencegah mereka yang sudah terjerumus untuk pulih dan tidak mengulangi kesilapan sama.
“Kita memberi penerangan berkaitan maklumat–maklumat pencegahan penyalahgunaan dadah, apa itu dadah serta cara mencegah dan merawat mereka yang sudah terjebak dengan penyalahgunaan dadah,” ujarnya dalam program taklimat isu semasa anjuran Pejabat Penerangan Daerah Telupid di Kampung Simpang Entilibon, pada Khamis.
-ZS-