Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma

By 24 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 500 pemilik motosikal penghantar makanan bermotosikal tidak melepaskan peluang untuk menukar minyak enjin secara percuma melalui program ‘Jom Tukar Minyak Hitam Percuma’ di Karnival Terengganu Berkat Sejahtera (TMBS), Tepoh di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh Hishamuddin Abdul Karim berkata program tersebut  merupakan salah satu slot yang diadakan sempena karnival TMBS yang diadakan selama tiga hari bermula Khamis.

“Program tukar minyak hitam ini menyasarkan penghantar makanan bermotosikal dan golongan belia yang melibatkan lebih 500 motosikal.

“Jamuan rakyat, gotong–royong perdana, program kerjaya, khidmat masyarakat, ‘Funride Funwalk’, cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang karnival TMBS ini berlangsung,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda