
Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)
TANAH MERAH, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Sikap mengamalkan kebersihan dengan memelihara alam sekitar agar tidak tercemar amat penting untuk diterapakan di dalam minda semua rakyat tempatan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Haji Izani Husin, semua tempat dan kawasan perlu dijaga dan dihiasi dengan pokok-pokok yang menarik agar mewujudkan persekitaran yang selesa, harmoni dan seimbang.
“Kita amat galakkan rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mewujudkan kawasan yang bersih dan ceria agar aktiviti beriadah dapat dilakukan dengan baik sekaligus dapat menyihatkan badan.
“Badan yang sihat membina negara yang sejahtera,” katanya ketika berucap di Program Jelajah Kelantanku Bersih, Jom Sihat lndah Ceria Daerah Tanah Merah yang bertempat di Dataran Barakah, Tanah Merah pagi ini.
-ZS-