Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Gotong-royong Pemasangan Turus Pagar Konkrit

By 21 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Program gotong-royong pemasangan turus pagar konkrit telah diadakan di Rumah Tani, Kampung Paya Dadong, di sini pagi semalam.

Menurut penganjur program objektif gotong-royong pemasangan turus pagar konkrit itu adalah bagi mengawal serangan makhluk perosak tanaman di kampung tersebut.

Program anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kemaman dengan kerjasama daripada tenaga pengajar dan pelajar University College Terengganu Advanced Technical Institute (UCTATI) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih Ab Razak Ibrahim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda