Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Amalan Teknologi Hijau dalam Pembangunan Infrastruktur

By 25 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurezzaty Razimi/Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Selaras dengan hasrat kerajaan ke arah memartabatkan teknologi hijau, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi pembangunan biokomposit infrastruktur pelancongan di Port Dickson.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Sri Dr. Wee Jeck Seng berkata penggunaan Wood Plastic Composite (WPC) bertujuan memelihara alam sekitar kerana diperbuat daripada bahan boleh kitar semula, mesra alam dan meninggalkan sisa yang kurang berbahaya.

“Selain itu WPC merupakan sisa kayu hasil sampingan daripada industri sampingan daripada industri perkayuan,” katanya dalam Majlis Perasmian KIOSK dan Pelancaran Buku Manual Pembinaan KIOSK daripada WPC di Pantai Cahaya Negeri, di sini semalam.

Turut berlangsung sesi penyerahan Memorandum Perjanjian (MOA) bagi Projek Pembangunan Rumah FAST Rakyat Jenis Banjir daripada produk Biokomposit/Kayu dan bahan binaan lain dengan Industrial Building System (IBS) dan Pra-Fabrikasi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda