Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

LLR 2022 Sasar 1,800 Penyertaan

By 25 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)/Zamri Ibrahim (LADA)

LANGKAWI, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Edisi kedua Langkawi Legendary Ride 2022 (LLR 2022) menyasarkan penyertaan 1,800 orang peserta dari pelbagai golongan peminat basikal di negara ini.

Acara ikonik yang mula diperkenalkan pada tahun 2019 dengan 971 penyertaan.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Perancangan dan Pembangunan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Tuan Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin berkata edisi 2020 dan 2021 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19, perlumbaan ikonik mengelilingi Pulau Langkawi ini akan kembali menemui peminat dan menggegarkan jalan raya Langkawi pada 10 September 2022.

“LADA berharap dengan penganjuran acara berbasikal ini dapat mempromosikan Langkawi sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang sesuai untuk aktiviti riadah berbasikal bersama keluarga,” katanya kepada pihak media selepas acara kayuhan santai sempena Media Launching Legendary Ride 2022 yang diadakan di Laman Padi, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda